Ads 468x60px

Monday 13 April 2015

Resepi makanan baby - Variasi menu lauk untuk si kecil!!!


Salam mommies semua...

Takde idea nak masak lauk apa untuk si comel ari nih???

Di bawah ni saya kongsikan beberapa resepi lauk yang saya sediakan untuk anak saya...
Semoga dapat membantu ibu-ibu menyediakan juadah untuk si kecil tersayang yer... :)



Ayam Goreng Madu Berempah - Baby 8 bulan ke atas
************************

~ Potong bahagian dada ayam...salutkan dengan unsalted butter, serbuk kunyit, bawang yang diblend, dan
   sedikit madu.. (madu tu optional yer..baby setahun ke atas)
~ Bolehla digoreng atau digril..

# Boleh juga diletakkan secubit rempah kari jika anak dah boleh makan rempah...biasanya okay jer sebab
   kita letak secubit sahaja..yang tu optional....x letak pon dah sedap untuk anak.. :)



Ayam Masak Kurma  - Baby 8 bulan ke atas
****************

~ Tumis bawang merah, bawang putih, halia  dengan minyak olive oil atau minyak sayur atau unsalted butter
~ Masukkan sedikit bancuhan serbuk kurma...masukkan ayam...dah empuk sikit masukkan air dan sedikit
   santan..
~ Kemudian masukkan kentang dan carrot...sekiranya dah intro garam...boleh letakkan sedikit
   garam..sekiranya anak dah berumur setahun ke atas ye..bawah setahun kalau boleh janganla letak lagi..

# santan boleh diganti dengan susu segar



Grill Ikan Tenggiri    - Baby 10 bulan ke atas
**************

~ Salut 2 keping ikan tenggiri dengan unsalted butter, sedikit serbuk kunyit dan sedkit mixed herb
~ Gril di atas pan sehingga ikan masak..




Gulai Tenggiri Masak Lemak   - Baby 10 bulan ke atas
**********************

~ Tumis bawang merah dan bawang putih...masukkan air, santan dan sedikit serbuk kunyit
~ Msukkan ikan tenggiri dan juga tomato yang dipotong dadu
~ Perasakan dengan sedikit homemade stok ikan bilis

#  Ini antara menu yang anak saya suka..
# Santan tu boleh diganti dengan susu segar



Ikan Siakap Masak Stim   - Baby 10 bulan ke atas
******************

~ Potong dadu bawang holland, bawang putih, halia, tomato dan carrot dipotong memanjang
~ Campurkan kesemua bahan diatas dengan ikan dan ditambah sedikit air
~ Kukus ikan sehingga masak

# Kalau menu macam nih...anak saya suka ratah je ikan tu.. :)



Sup Ikan Tenggiri  - Baby 10 bulan ke atas
*************

~ Tumis bawang, merah putih dan halia
~ Masukkan air..Dah menggelegak..masukkan ikan dan sedikit homemade stok ikan bilis
~ Boleh juga masukkan sedikit rempah sup jika anak dah boleh makan rempah
~ Masukkan carrot yang dipotong atau apa jenis sayur yang anda suka..


Semoga dapat memberi inspirasi dan idea yer...Selamat mencuba!!!
Kalau dah try sudikan la untuk memberi komen yer...Terima kasih...



3 comments:

Lynn Huraiza said...

Kak izwah, siakap steam tu mmg kegemaran anak anak saya...tq for sharing...

Unknown said...

Lynn : hehe alhamdulillah..anak kak izwah pon sama...suka mkn ikan berbanding ayam.. :)

Unknown said...

Hi assalamualaikum..kak izwah boleh tak share lg bnyk resepi..sya suke sangt lgpun sya kdng2 pening nk masak untuk baby sya..

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my