Ads 468x60px

Tuesday 14 April 2015

Pemakanan yang SIHAT - Salah satu cara mengawal berat badan

Salam Ceria semua!!!

Semua orang nak kurus...semua orang nak sihat...betul tak??

Tapi masalahnya..ramai di kalangan kita yang tidak tahu mengamalkan pemakanan yang sihat dalam diet seharian mereka. Pemakanan yang tidak seimbang menyukarkan lagi kita nak mengawal berat badan yang sihat.

Macam mana nak mengamalkan pemakanan yang sihat??? Jom sama-sama baca info ni...


  • Memakan makanan yang pelbagai jenis seperti memilih makanan daripada kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran


  • Tambahkan makanan jenis serat (fiber) - lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan kuning, kekacang dan bijirin



  • Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Elakkan memakan makanan yang digoreng. Pilih makanan yang kurang berlemak

  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda. Elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makanan pencuci mulut dan jem

  • Makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda. Kalori yang diperlukan adalah tidak sama bagi setiap orang. Jaga berapa kalori yang sepatutnya badan anda perlukan

  • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada memakan snek di antara masa makan. Digalakkan untuk tidak makan malam terlalu lewat dan berat. Sebaik-baiknya ambil makan malam sebelum jam 8 malam


Macam susah je kan nak ikut kalau anda dalam golongan yang suka makan makanan berlemak.. bergoreng...makan atau minum yang manis-manis...ditambah lagi dengan pelbagai jenis snack food yang ada di pasaran..

Jangan risau...tak perlu berubah secara drastik...apa yang penting....lakukan perubahan dalam diet pemakanan anda. Cuba kurangkan pengambilan makanan yang itdak sihat secara perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit secara KONSISTEN

In sha allah...bila anda dah boleh menerima cara pemakanan yang betul...anda dah tak berapa nak makan lagi makanan yang berkalori tinggi dan tidak sihat. Pilihan untuk sihat atau tidak ada di tangan anda. Buatlah pilhan yang tepat!!


Semoga bermanfaat dan selamat berjaya!!!






No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my