Ads 468x60px

Sunday 13 September 2015

Puding Cocktail Yummylicious!!!


Puding cocktail ni memang salah satu favourite puding kami sekeluarga..First time makan puding ni masa kerja kat Warisan Jengka dulu...Memang sedappp!!! Terus jatuh cinta ngan puding ni..hehehe...thank you Kak Nora untuk resepi yang mabelesss nih...memang tak pernah pakai resepi lain sebab resepi puding nilah yang paling saya suka!!! Tak pekat sangat..tak cair sangat...sedang-sedang aja rasa kuah dia..

Saya simpan resepi kat sini....mungkin satu hari nanti boleh jadi rujukan untuk anak perempuan saya bila saya dah tiada..Dia pun suka sangat makan puding nih...asyik mintak jer...sedap makan kuah dia especially kalau letak dalam peti ais..hehehe...

Okay..jom tengok resepinya...

Sedap dimakan sejuk-sejuk!

RESEPI PUDING COCKTAIL

Bahan-bahan:

  • 1  tin fruit cocktail
  • 1 tin susu cair *
  • 3 tin air * (sukat guna bekas tin susu cair)
  • 2 @ 3 senduk gula *  (ikut suka nak manis setakat mana)
  • 1 setengah sudu besar tepung jagung (letak 2 sudu besar kalau nak pekat sikit)
Caranya:
  1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan gula dah larut.
  2. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan bila air dah menggelegak, tutup api
  3. Akhir sekali masukkan fruit cocktail yang telah ditapis ( buang air dalam tin tu, ambil buahnya sahaja)
  4. Sejukkan dalam peti ais
*** Boleh juga masukkan 1 tin buah nenas kiub tu untuk tambahkan lagi kuantiti fruit

Antara bahan-bahan yang digunakan

Senang sangat nak buat puding ni..bahan-bahannya pon tak banyak..Buat korang yang tak pernah cuba masak puding cocktail...boleh try resepi nih..Mudah, cepat dan sedappp!!!

Selamat mencuba ye..






Wednesday 9 September 2015

Kurus LEBIH CEPAT dengan OmegaGuard


Betul ke makan Omega badan lagi CEPAT KURUS??? Itulah persoalan yang sering diterima bila bercakap soal kurus atau nak cepat-cepat turun berat badan. Macam mana ek Omega ni bertindak bagi membantu proses penrurunan berat badan?? Okay..secara mudahnya...kandungan Omega 3 yang terdapat dalam OmegaGuard merangsang hormon Leptin ; yang berfungsi meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan kita meningkat, pembakaran lemak dalam badan akan berlaku dengan LEBIH PANTAS!! 

pastikan minyak ikan yang anda makan adalah yang semulajadi dan berkualiti tinggi

Haaa...lagi satu...untuk korang yang sukar mengawal selera makan...amat digalakkan untuk mengambil Omega 3 kerana hormon Leptin ni turut membantu mengawal selera makan kita dengan mennigkatkan paras hormon Leptin. So...bila makan tu...kita tak terasa nak makan banyak...perut terasa kenyang..Lagi satu..pastikan korang minum air secukupnya mengikut keperluan badan.




Berminat untuk mencuba?? Sila hubungi saya untuk konsultansi dan tips-tips kesihatan

Izwah Ghazali
Shaklee Independant Distributor
012-9182901





Monday 7 September 2015

KEK KUKUS LUMUT YANG SUPER MOIST DAN SANGAT SEDAP!!!


Memang sedaaapp sangatt!!! Rasa lembut jer tekstur kek nih...Kalau korang adalah penggemar kek marble atau kek butter...bolela cuba resepi kek kukus lumut ni pulak...rasa lemak manis gituu...memang superb lah!!

Alkisahnya...dah lama resepi ni tersimpan...tak pernah cuba walau pun dah 3 tahun pergi kelas baking kek kukus ni ngan chef Zubaidah...nak buek camno.. resepi ni pakai horlicks..kat umah ni pulak..memang x pernah minum horlicks...tu yang asyik bertangguh je nak buat.....hihihi...

Jom ler kita tengok resepinya ek...


RESEPI KEK KUKUS LUMUT

Bahan-bahan :

  • 250gm butter - kalau nak sedap..pakaila butter jenama yang mahal sikit ek..
  • 100gm gula kaster
  • 150gm tepung naik sendiri  * kalu xde, tepung gandum + 1sk baking powder (ayak)
  • 5 biji telur Gred B
  • 50gm horlicks
  • 25gm nestum
  • 125gm kaya
  • 2 sudu besar pewarna hijau
  • 1 sk pandan pes - kalau xde, letakkan sedikit perisa pandan
Cara-caranya....

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berkrim..jgn pukul lama sangat..kalau guna mixer yang besar tu dalam 3 minit je..
  2. Masukkan telur satu per satu menggunakan low speed
  3. Masukkan horlicks, nestum dan kaya..putar sehingga sebati
  4. Masukkan pewarna hijau dan pandan pes
  5. Last sekali...masukkan tepung..kaup balikkan hingga sebati
  6. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8' x 8' yang telah digris dan dialas dengan baking paper
  7. Kukus selama 1 setengah jam - 2 jam...pastikan air periuk kukus dah mendidih yer..dan...tutup loyang tu dengan alumunium foil supaya air x menitis ke dalam loyang kek..kalu xda alumunium foil...balut penutup pengukus tu dengan kain..pon bole jugak..


rugi tak cuba kek ni awal-awal dulu...sedap sangat rupanya...

Tak lama lagi nak Raya Haji dah kannn...bolela cuba resepi ni nanti...jemu jugak kalau asyik buat kek yang sama jer tiap kali raya...

Okayy...selamat mencuba resepi Kek Kukus Lumut yang mabeless nih...Kalau dah try...jangan lupa komen ek..nak jugak tau apa pendapat korang...hehehe...Jumpa lagiiii....



Sunday 6 September 2015

RIADHAH KE TAMAN TASIK TAIPING


Riadhah yang tidak dirancang...Di saat cuaca yang sedang teruk dilanda jerebu nih..memang malas nak keluar ke mana-mana..nak hirup udara pun macam x best je kan...tapi bila encik hubby dok ajak jugak..kita follow jela ek..Nak pergi jalan Taiping je pon...dekat jer...Sebelum bertolak tu, ku dah awal-awal bagi budak-budak ni sorang sebijik vitamin C..memang tiap-tiap hari pon bagi...cuma hari ni bagi awal sikit..takut ibu dia ni terlupa pulak kang..

Actually ni sebenarnya program untuk murid-murid UPSR sekolah dia..nak pergi merehatkan fikiran sebelum exam katanye...hehe...

Choc moist utk potluck...x sempat nak buat makanan lain..hehe
Sebenarnya xde pun dalam perancangan nak naik kereta air beroda nih...( ye ke nama dia kete air beroda..kihkih) tapi...sebab Iman dok mintak jugak nak naik...layan jelah..walaupun...ibu ngan ayah dia yang cuak..nak handle bebudak kecik nih lagi....bukan reti dok diam.. ;)


 

suka sangat Ilham...x reti dok diam...




Bateri dah abisss...ngantuk sangat dah time nih..

Sempat jalan sekejap je dalam Tesco..semua dah penat...ibu pon dah start sakit kepala..memang begitu la bila dok berjemur tengah panas tadi...balik umah terus telan B compleks ngan Ostematrix...legaaaa....hihihi

Okayla..next time kita melawat Zoo Taiping pulak ek..tunggu Imtinan besar sikit..baru syokk nak berjalan.. :)






Monday 31 August 2015

Resepi Puding Karamel

Puding Karamel ni memang antara favourite dessert kami sekeluarga terutama suami tercayanggg...hehehe.. :) Oleh kerana dah lama tak buat...resepi pun dah x ingat..so cari lah kat pak google yer...Dan.. kali nih nk try resepi yang diambil di  blog raihannavanilla.blogspot.com sebab cara dia pakai blender je..senang..hihi.. tq yer di atas perkongsian..

Jom kita tengok resepinya...

Wallahhh...sedap dimakan sejuk-sejuk..

Puding Karamel
----------------
Sumber: raihannavanilla.blogspot.com

Karamel:
---------
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Satukan kedua-dua bahan... masak sampai ia bertukar warna keperang-perangan dengan api perlahan..takut nanti terhangit pulak..dah rasa pahit.. :)
(Nak senang, bole guna non-stick fry pan)
Lepas tu, tuang terus dalam loyang..ketepikan.

Notes: boleh juga masak karamel tu terus dalam loyang..make sure api perlahan yer..

Bahan puding:
--------------
  • 5 biji telur saiz B
  • 5 sudu besar gula caster
  • 1 tin susu cair @ bole guna 400ml fresh milk
  • 1 sk esen vanilla
Caranya......
  •  Dengan menggunakan blender, satukan telur, gula dan esen. Blend selama 1 minit
  •  Buka penutup blender, masukkan susu cair, blend lagi 1 minit. Sila set masa yer..
  • Okay..dah siap, bolela tapis dan masukkan dalam loyang karamel tadi
  • Kemudian kukus puding selama 30-35 minit dengan api sederhana. Pastikan air pengukus dah mendidih ek..
  • Kalau ikut resepi asal, puding ini dibakar dalam oven menggunakan kaedah bain-marie( letak loyang dalam dulang besar yang berisi air) selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius
  •  Bila dah masak, pastikan puding betul-betul sejuk dalam suhu bilik..sisipkan pisau..dan terbalikkan dalam bekas yang sesuai..Then..bolela letak dlm fridge bagi dia sejuk..barulah sedap nak makan..:)

sekejap jer dah licin....esoknyer terpaksa buat yang lain sebab ada yang x puas lagi makan..hehe

Korang bolela cuba ye..senang jer..bahan pon tak banyak..kalau xde blender..kacau je semua puding tu perlahan-lahan..jadik jugak..hehe..sebab saya dah buat puding ni 2 kali...percubaan kali kedua tu saya tak pskai blender pun..saya kacau pelan-pelan je..  alhamdulillah sekejap je licin sepinggan..hehe..


Okayy...selamat mencuba!!!



Friday 21 August 2015

PENAWAR UBAT BATUK SEMULAJADI!!!

Minyak Ikan Semulajadi terbaik untuk satu keluarga!!


Musim raya memang heaven la untuk anak-anak...Mana tidaknya...tiap kali pergi beraya ke mana-mana, mesti akan ada minuman berais..memang syokla diorang... So, bila abis je raya..semua pakat batuk tak berhenti termasukla saya sendiri...hehe...

Sebenarnya di rumah memang dah lama takde stok ubat batuk dan selesema. Semenjak saya bagi Omega pada anak-anak, alhamdulillah..batuk recovery dengan elok. Dalam 2, 3 hari dah beransur baik. So, bila kami semua dah start batuk...memang terus telan Omega sebiji seorang...Senang je nak telan...kapsul ni licin...menggelongsor je dia masuk ke dalam tekak..heheh.. :) Untuk anak-anak yang kecil, biasanya saya picit je kapsul tu masuk dalam air susu..dah settle...Omega ni bukan setakat melegakan batuk tapi dia boleh mencairkan kahak...dah tak payah nak pegi cari ubat cairkan kahak kat klinik.

Buat korang semua yang nak avoid dari bagi ubat batuk pada anak-anak atau diri kita sendiri, cuba lah Omega Guard..saya dah amalkan untuk saya sekeluarga dan memang HIGHLY RECOMMENDED!!! Memang sangat BERKESAN!! Omega Guard ni minyak ikan berkualiti tau...diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun..dan BUKAN dari hati minyak ikan..Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia!! Cer check minyak ikan yang korang makan tu...adakah benar-benar tulen dan bukan dari hati minyak ikan?? Saya dah memang pasti...minyak ikan yang saya ambil adalah yang paling tulen, semulajadi, selamat dan halal...

Okay...kita jumpa di entry yang akan datang ek!!


Izwah Ghazali
Shaklee Independant Distributor
012-9182901




Tuesday 18 August 2015

Raya Aidilfitri 2015 yang HURU HARA!!!

Salam semua...

Walau pon Syawal dah berlalu pergi...baru hari ini dapat mengupdate pasal raya..hehe...Meskipun cuti raya tahun ni pendek sangat..tapi rasanya tahun ni paling sibuk dengan macam-macam hal...Mana taknya...pagi-pagi raya adik tetiba nak bersalin...nak bergambar satu family pon x sempat...hahaha...Raya pertama kami semua berkampung kat hospital...memang tak sempat nak berjalan ke rumah saudara mara...Excited menyambut kehadiran orang baru dalam family besar kami.. :)

Kat bawah ni ada la sedikit sebanyak gambar yang sempat diambil sebagai kenangan Raya...

Gambar penuh satu family..yang ni lepas baby lahir..paling suka tengok gambar ni!!!

Gambar kami sekeluarga..

Ahli tak cukup korum...tengah kelam kabut nak ke hospital.. ;)





Iman dan abah...cucu yang  sorang ni memang sokmo nak perhatian tok abah dia..  :)

'Saya rileks ajer'...alahai Imtinan...

Tepi pokok bunga abah pon bolela... ;)

Boleh jadi model baju raya ni..hehehe











Yang ni gambar sebelum pergi jenguk baby kat hospital...semua soru doluuu....





Semua sempat berposing sementara tunggu turn nak tengok baby... :)









Tadaaaa...inilah dia baby 1 Syawal..cucu terbaru tok abah n tokma...Izz Daaris Arisya

Sekian dulu ceritera Raya untuk tahun ni...Kita berjumpa di entry akan datang...Salam!!!



Friday 22 May 2015

Pengganti ubat selesema terbaik untuk anak-anak!!!

Salam pagi minggu semua!!!

Apa khabar? Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria ek..

Baru-baru ni semua anak kena selseema...Sebenarnya..saya paling tak tahan bila anak atau diri sendiri kena selesema...maklumla bila selesema nih...virus dia lambat sangat nak hilang...dan saya pulak kalau boleh nak mengelak dari bagi ubat selesema yang klinik punya..

meningkatkan sistem pertahanan badan


At last...saya hanya bagi VITAMIN C CHEWABLE sahaja untuk anak-anak..saya upkan pengambilan mengikut umur diorang...Saya top up juga dengan madu walau pun on and off..sebab kadang-kadang terlupa nak bagi...hihihi...Dan alhamdulillah berkesan...Dah tak perlu pergi ke klinik...Untuk anak yang ke 2 dan ke 3 ni...saya jarang sangat bagi ubat selesema atau ubat batuk...Memang saya berusaha untuk kurangkan kebergantungan pada ubat-ubatan...

Dulu...saya kurang ilmu pasal kesihatan ni...asal anak sakit je cepat-cepat pergi klinik ambik ubat..kalu x kurang jugak...pergi lagi klinik amik ubat yang lagi tinggi dos.. punyala tak fikir kesan sampingan ubat tu...masa tu fikir nak anak cepat sihat jer...anak pulak jenis susah nak makan ubat..memang kena paksa makan jelah time tu...hehehe...bila dikenang balik...rasa bersalah sangat...

But always better late than never kann....Tambahkan sedikit ilmu dan anak-anak akan dapat kesihatan yang terbaik!!! Kat umah ni memang sentiasa ada stok vitamin C Chewable untuk selesema dan OmegaGuard tiapkali diorang batuk berkahak...Yupp!! Memang berkesan!!!

1 TABLET BERSAMAAN DENGAN 1 1/2 BIJI OREN



Berminat untuk mencuba?

Hubungi saya:
Izwah Ghazali
012-9182901
Your Trusted Shaklee Independant Distributor




Sunday 10 May 2015

PENGEDAR PRODUK SHAKLEE KUALA KANGSAR, PERAK, MALAYSIA



Assalamulaikum w.b.t dan Salam perkenalan...

  • Kepakaran saya adalah membantu anda untuk lebih SIHAT dan menyediakan NUTRISI TERBAIK yang sesuai untuk kesihatan anda sekeluarga mengikut bajet yang anda MAMPU!
  • Saya juga pakar dalam membimbing anda yang berminat untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sama ada secara part time atau full time!

Nama saya Noor Izwah Mohamed Ghazali, berumur 35 tahun (2015) adalah pengedar SAH SHAKLEE di Malaysia, ID: 968999

Di blog ini adalah tempat saya berkongsi ilmu, tips-tips kesihatan dan pengalaman saya dan keluarga menggunakan produk Shaklee yang telah banyak meningkatkan kesihatan dan taraf kehidupan kami.

Jika anda berminat untuk mencuba menggunakan produk Shaklee dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelan pemasaran SHAKLEE, boleh hubungi saya sms/whassap di 012-9182901

Saya juga menyediakan khidmat COD untuk kawasan Kuala kangsar, Padang Rengas, Lubuk Merbau, Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh. Untuk kawasan luar dari yang dinyatakan, saya akan pos menggunakan Poslaju, Gdex atau Citylink. Anda juga boleh mengambil barangan di rumah saya pada setiap hari

Jika anda perlukan supplemen untuk KECERGASAN BADAN, PENYUSUAN, MASALAH BERAT BADAN, KEHAMILAN DAN BERPANTANG, MASALAH ANAK SEMBELIT, KURANG SELERA MAKAN DAN SERING SAKIT serta banyak lagi...bolehlah hubungi saya di :
  • Facebook : Izwah Ghazali
  • Email : imanwafiq79@yahoo.com
  • Sms/Call/Whassap/Telegram : 012-9182901
  • Blog : www.vit4health.blogspot.com
Produk SHAKLEE terbukti sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM!!! Berasaskan sumber semulajadi yang asli dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya dan racun serangga. Produk Shaklee  di Malaysia disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Services of America , badan yang diiktiraf oleh JAKIM


Salam Ceria,

Izwah Ghazali
Your Trusted Shaklee Independant Distributor
012-9182901




Friday 8 May 2015

Jalan-jalan ke Cameron Highlands - Kenangan Terindah!!!


Tiada yang lebih indah bila dapat spend masa dengan family kan....walau pun tak semua 10 beradik saya dapat pergi...yang mana ada ni dah cukup untuk tinggalkan kenangan indah buat kami...

Sebenarnya idea nak pergi jenjalan ni datangnya daripada adik saya Asya...kalau dia tak bersungguh...dok asyik tanya jer......maka jadilah trip ni...thanks Asya...jasamu ku kenang!!!hahahahah

Gambar-gambar ni adalah kenangan sewaktu di sana...walaupun pergi 2 hari satu malam je...tapi sangat-sangat bermakna!!! Ilham asal sebut Cameron jer...mesti sebut highland Tokma...hahahaha...ingat sangat kat Tokma dia...melekat terus dalam kepala... :)















































Insha allah.... semoga di masa akan datang kita semua dapat lagi pergi bercuti beramai-ramai ek...



 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my