Ads 468x60px

Monday 31 August 2015

Resepi Puding Karamel

Puding Karamel ni memang antara favourite dessert kami sekeluarga terutama suami tercayanggg...hehehe.. :) Oleh kerana dah lama tak buat...resepi pun dah x ingat..so cari lah kat pak google yer...Dan.. kali nih nk try resepi yang diambil di  blog raihannavanilla.blogspot.com sebab cara dia pakai blender je..senang..hihi.. tq yer di atas perkongsian..

Jom kita tengok resepinya...

Wallahhh...sedap dimakan sejuk-sejuk..

Puding Karamel
----------------
Sumber: raihannavanilla.blogspot.com

Karamel:
---------
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Satukan kedua-dua bahan... masak sampai ia bertukar warna keperang-perangan dengan api perlahan..takut nanti terhangit pulak..dah rasa pahit.. :)
(Nak senang, bole guna non-stick fry pan)
Lepas tu, tuang terus dalam loyang..ketepikan.

Notes: boleh juga masak karamel tu terus dalam loyang..make sure api perlahan yer..

Bahan puding:
--------------
  • 5 biji telur saiz B
  • 5 sudu besar gula caster
  • 1 tin susu cair @ bole guna 400ml fresh milk
  • 1 sk esen vanilla
Caranya......
  •  Dengan menggunakan blender, satukan telur, gula dan esen. Blend selama 1 minit
  •  Buka penutup blender, masukkan susu cair, blend lagi 1 minit. Sila set masa yer..
  • Okay..dah siap, bolela tapis dan masukkan dalam loyang karamel tadi
  • Kemudian kukus puding selama 30-35 minit dengan api sederhana. Pastikan air pengukus dah mendidih ek..
  • Kalau ikut resepi asal, puding ini dibakar dalam oven menggunakan kaedah bain-marie( letak loyang dalam dulang besar yang berisi air) selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius
  •  Bila dah masak, pastikan puding betul-betul sejuk dalam suhu bilik..sisipkan pisau..dan terbalikkan dalam bekas yang sesuai..Then..bolela letak dlm fridge bagi dia sejuk..barulah sedap nak makan..:)

sekejap jer dah licin....esoknyer terpaksa buat yang lain sebab ada yang x puas lagi makan..hehe

Korang bolela cuba ye..senang jer..bahan pon tak banyak..kalau xde blender..kacau je semua puding tu perlahan-lahan..jadik jugak..hehe..sebab saya dah buat puding ni 2 kali...percubaan kali kedua tu saya tak pskai blender pun..saya kacau pelan-pelan je..  alhamdulillah sekejap je licin sepinggan..hehe..


Okayy...selamat mencuba!!!



No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my