Ads 468x60px

Thursday 26 February 2015

Yeayyyy!! Imtinan dah tak selsema!!


Mana ada ibu bapa kat dunia nih suka bila anak dia sakit kann....macam saya...bila anak kecil dah start berair hidung......malam tak lena tidur sebab hidung dah tersumbat..mula lah kita susah hati..

Seboleh-bolehnya saya memang nak mengelak daripada beri ubat batuk atau ubat selsema pada baby kecil...Cukuplah 2 orang anak saya terdahulu dok asyik beri ubat seawal umur diorang 6 bulan...serius...kalau teringat balik..memang rasa bersalah sangat..masa tu diorang menyusu badan sekejap sangat...so imunisasi badan pon jadi tak kuat..mudah sangat nak sakit..

Untuk anak saya yang ketiga nih...alhamdulillah...saya masih berjaya breastfeed dia walaupun umur dia dah setahun lebih...Jadi, tiap kali nampak dia start nak selsema...saya akan upkan pengambilan vitamin C Sustained Release
...
Saya memang sentiasa makan vitamin C nih untuk imunisasi dan kecantikan kulit....dan BONUS nya..anak saya pun dapat khasiat jugak....memang kurang selsema dia...dah x payah nak makan ubat selsema dari klinik punya...dalam masa beberapa hari jer terus kering hingus dia.....legaaaaaa.....xdela berkerak kat hidung tuh.....hehehe


 Bila dah sihat...mulalah x berhenti dok diam...kita pulak semput nak mengejar dia...hihi.xpela...janji anak sihat...ibu double triple Happy!!!



Buat pengetahuan korang...1 tablet Vitamin C Sustained Release BERSAMAAN dengan 7 1/2 biji oren...banyak tuuuuu.....larat ker nak makan 7 1/2 biji oren sehari??? Saya memang surrender...hihihi


So, buat korang yang x kuasa nak telan oren banyak-banyak TAPI nak sihat...nak anak sihat....nak kulit cantik berseri...makan je vitamin C....kan sonangggg....

Okay...berjumpa di entry yang lain pulak .....Salam....





Wednesday 25 February 2015

Kenali MAKANAN PERTAMA untuk bayi kita


Assalamualaikum dan selamat pagi!!!

Entry kali saya nak kongsikan Food Chart For Baby sebagai rujukan untuk saya di masa akan datang dan boleh juga jadi rujukan untuk korang....Walaupun anak dah 3 orang...saya tak mampu nak ingat semua solid food yang sesuai untuk baby seawal 6 bulan...

Semua info ni saya ambil dari group resepi makanan baby yang saya join...sebelum ni semua simpan dalam handset...risau jugak....tetiba handset rosak ke apa...abis hilang semua info nih...nak scroll balik file dalam group baby jenuhla pulak...biasanya kita ni..time nak buat time tu jugakla baru nak cari maklumat...hehehe

Okay...gambar kat bawah ni carta tentang apa makanan yang boleh diberi kepada baby kita mengikut bulan..bermula seawal 6 bulan...



Sebaik-baiknya... cuba elakkan daripada memberi bayi kita nestum... sebab dalam nestum tu dah terkandung garam, gula dan bahan perasa... kiranya banyak keburukan dari kelebihan yang baby kita akan 
dapat..

Honestly...dulu-dulu pun saya bagi jugak baby nestum...sebab masa tu tak tahu dan tak cari ilmu...Ha sekarang bila dah tahu...kena la rajin sediakan makanan sendiri untuk baby....Air tangan ibu...lebih berkat...betul takkk...

Sekiranya nak beri baby anda makanan berasaskan tepung...pastikan tepung yang anda gunakan adalah tepung yang TIADA BAHAN PELUNTUR atau PEMUTIH BENZOYL PEROXIDE... Contohnya seperti tepung ATTA, tepung gandum FAIZA, tepung gandum cap ROSE, BIDARA dan CEMPAKA.
Biasanya di tepung tersebut ada tertulis tiada bahan peluntur..so, sebelum beli tu kena rajin belek-belek sikit ek..




Diharap info ni dapat membantu korang yang baru nak kenal solid for baby...In sha allah entry akan datang saya akan masukkan info tentang makanan baby lagi dan beberapa resipi yang saya sediakan untuk anak saya..





Tuesday 24 February 2015

Demi sekolah, banjir pun sanggup kami redah!!!


Dah hampir 2 minggu kami kat kampung...tapi xde lagi tanda-tanda air banjir nak surut...jalan highway pun x lepas...nak ikut jalan dalam a.k.a jalan kampung pun x lepas jugak...

Pening jugak kepala suami dok pikir...Esoknya dah meeting sekolah dia...Tak sedap jugakla kan kalau x hadir 1st meeting ni...Saya memangla seronok sebab lagi lama dok kat kampung...hehehe... Akhirnya kitorang buat keputusan ikut jalan jauh sikit...Jalan dari Maran - Bandar Pusat - Felda Sg Tekam - Kota Gelanggi - Jerantut - Benta - Raub - Bentong - Kuala Lumpur...dengar cite jauhla sikit tapi in sha allah boleh lalu..

Sampai sahaja di Felda Kota Gelanggi... ada air banjir merentangi jalan.... sempat lagi kami dok berfikir...nak redah ke tak.....dalam tak dalam.... adalah hampir paras lutut... masa nilah dok terbayang..kan bagus kalu kitorang naik helux...relaks jer redah banjir...huhuhuhu...






At last...kitorang redah jugakla air banjir tu...kesian kat adik dok menunggu kat sebelah sana...diorang dah selamat dah jalan....


Kami selamat sampai kat umah sekitar jam 11 malam.... Fuhhhhh...penatnya badan x leh nak cakap lah....dengan melayan kerenah anak-anak kecik nih...memang berganda letihnya...
Jadi, sebelum tidur malam tu..ku telan 4 biji ostematrix...penawar paling mujarab nak hilangkan sakit-sakit badan...haaa...barulah dapat tidur lenaaaa.....

Sekian coretan kisah banjir...harapnya tahun ni x kena dah macam ni..hehehe

# 2 minggu selepas kes redah banjir...kereta kami rosak......something kat bahagian kipas aircond tu dah rosak...maybe air dah masuk kat area situ...sabar jelah...itulah dugaan namanya....





Monday 23 February 2015

2014 Dalam Sejarah - Bandar Maran dan Temerloh dilanda banjir besar

Siapa sangka kan...2 bandar yang tak pernah dilanda banjir...tetiba dah jadi lautan luas di tengah bandar...

Penghujung 2014 yang penuh dengan kisah dan kenangan banjir...Nasib baiklah umah ma dan abah memang kat atas bukit...jadi..kami semua terselamatla dari musibah banjir...Cuma..kami tak dapat nak balik ke Kuala Kangsar lebih awal sebab semua jalan dah terputus..terpaksala menunggu keadaan banjir reda sedikit barulah balik..

Inilah dia sedikit gambar keadaan banjir yang melanda kampung saya akhir tahun lepas...


Banyak barang yang rosak kat dalam Tunas Manja...  Air sungai naik terlalu cepat menyebabkan  banyak barang tak dapat dipindahkan dengan lebih awal


Inilah dia pekan kecil Maran atau nama glamer nya... 'Bandar Ayam Kampung'...hehehe


SK Luit pun naik air jugak...tapi kat area sini memang dah biasa kena banjir sebab kawasan rendah...Kalau hujan tak berhenti lebih 3 hari memang confirm banjir...cuma air banjir cepat surut balik...



Okay..yang di bawah ni pulak Bandar Temerloh...memang lagi dasyat sebab air Sungai Pahang melimpahi bandar Temerloh sampai nampak macam lautan...







Stesen Minyak Petronas yang paling hampir dengan Sungai Pahang....



Jalan menghala ke Triang dan Kumai turut terputus.....



Inilah dia jalan laluan dalam dari Maran ke Temerloh menghala ke Kuala Lumpur...terputus...air naik terlalu cepat hingga ke tingkat 2 bangunan sekolah rendah...



 Ini pulak pandangan dari atas...Lebuhraya Pantai Timur...terputus selepas RnR Temerloh..arah dari Maran menghala ke Temerloh...



Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...dan Allah jua yang Maha Mengetahui atas setiap sesuatu...Wallahu a'lam...

sumber gambar - Group Telegram SEJOSA 1st Batch 1992



Tuesday 10 February 2015

7 MANFAAT OSTEMATRIX Shaklee yang perlu anda TAHU!!!

Salam semua....

Alhamdulillah...bangun pagi ni badan terasa sangat RINGAN dan SEGARRR...Malam tadi punyela seksa nak tidur...sakit belakang lenguhnya rasa memang x ingatt...begitulah nature nya seorang wanita bila diserang period pain...abis rasa sakit satu badan...

Penyudahnya...saya makan 4 biji Ostematrix sebelum tidur....haaaa...baru legaaaa...So, hari ni meh nak cerita sikit antara khasiat Ostematrix yang perlu kita ambil tahu dan SANGAT MEMBANTU terutama untuk kaum wanita...

1. LEGAKAN sakit tumit, kebas-kebas dan kekejangan
Ini adalah antara masalah utama wanita terutama yang sudah berkahwin dan melahirkan anak..Bila bangun dari tidur hanya tuhan saja yang tahu sakitnya nak menapak keluar..Namun jangan risau..pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur mampu menyelesaikan masalah sakit tumit, kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi serta athritis




2. Meringankan TEKANAN
Tekanan seringkali membuatkan kita sukar tidur malam, denyutan jantung yang tidak stabil dan pening kepala yang berpanjangan..Ostematrix mampu menstabilkan tekanan darah..memberi anda tidur yang lena dan selesa...memperbaiki jantung yang sering berdebar...dan yang penting anda tidak lagi diganggu oleh mimpi-mimpi yazng BURUK 

3. KURANGKAN kesakitan ketika haid
Sakit ketika datang bulan adalah sesuatu yang paling tidak disukai oleh ramai wanita.Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium secara serentak meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil

4. Kuatkan TULANG dan masalah KUKU RAPUH
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf. Di samping itu ia dapat merawat tulang yang retak, osteomalacia (rickets dewasa) kuku rapuh, eczema dan gusi berdarah

5. Membantu masalah GASTRIK
Kalsium adalah mineral alkalin. Jadi ia amat membantu mereka yang menghadapi masalah gastrik dengan membantu mengurangkan keasidan di dalam perut serta memperbaiki hiperaktiviti perut

6. Penawar TERBAIK untuk penderita MIGRAIN
Migrain yang kerap membuatkan ramai yang bergantung kepada ubat penahan sakit. Cegah punca migrain daripada terus berulang..Kalsium membantu mengelakkan pembuluh darah dari menjadi kejang yang mana dipercayai ianya salah satu punca penyebab migrain.

7. Selesaikan masalah SEMBELIT
Sembelit yang teruk memang mimpi ngeri kan...Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu anda mencegah masalah sembelit

Jadi...buat anda yang seringkali menghadapi masalah di atas...bolehla mencuba Ostematrix...anda akan rasai kesan yang sangat menakjubkan!!! Kemana sahaja saya pergi...balik kampung atau pun bercuti...sebotol Ostematrix akan saya bawa bersama...memang rasa lain bila terlupa nak makann....

Sekiranya anda ingin mencuba, boleh hubungi saya melalui:
SMS atau WhatsApp : Izwah Ghazali 0129182901










 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my