Ads 468x60px

Wednesday 25 February 2015

Kenali MAKANAN PERTAMA untuk bayi kita


Assalamualaikum dan selamat pagi!!!

Entry kali saya nak kongsikan Food Chart For Baby sebagai rujukan untuk saya di masa akan datang dan boleh juga jadi rujukan untuk korang....Walaupun anak dah 3 orang...saya tak mampu nak ingat semua solid food yang sesuai untuk baby seawal 6 bulan...

Semua info ni saya ambil dari group resepi makanan baby yang saya join...sebelum ni semua simpan dalam handset...risau jugak....tetiba handset rosak ke apa...abis hilang semua info nih...nak scroll balik file dalam group baby jenuhla pulak...biasanya kita ni..time nak buat time tu jugakla baru nak cari maklumat...hehehe

Okay...gambar kat bawah ni carta tentang apa makanan yang boleh diberi kepada baby kita mengikut bulan..bermula seawal 6 bulan...



Sebaik-baiknya... cuba elakkan daripada memberi bayi kita nestum... sebab dalam nestum tu dah terkandung garam, gula dan bahan perasa... kiranya banyak keburukan dari kelebihan yang baby kita akan 
dapat..

Honestly...dulu-dulu pun saya bagi jugak baby nestum...sebab masa tu tak tahu dan tak cari ilmu...Ha sekarang bila dah tahu...kena la rajin sediakan makanan sendiri untuk baby....Air tangan ibu...lebih berkat...betul takkk...

Sekiranya nak beri baby anda makanan berasaskan tepung...pastikan tepung yang anda gunakan adalah tepung yang TIADA BAHAN PELUNTUR atau PEMUTIH BENZOYL PEROXIDE... Contohnya seperti tepung ATTA, tepung gandum FAIZA, tepung gandum cap ROSE, BIDARA dan CEMPAKA.
Biasanya di tepung tersebut ada tertulis tiada bahan peluntur..so, sebelum beli tu kena rajin belek-belek sikit ek..




Diharap info ni dapat membantu korang yang baru nak kenal solid for baby...In sha allah entry akan datang saya akan masukkan info tentang makanan baby lagi dan beberapa resipi yang saya sediakan untuk anak saya..





No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my