Ads 468x60px

Monday 23 February 2015

2014 Dalam Sejarah - Bandar Maran dan Temerloh dilanda banjir besar

Siapa sangka kan...2 bandar yang tak pernah dilanda banjir...tetiba dah jadi lautan luas di tengah bandar...

Penghujung 2014 yang penuh dengan kisah dan kenangan banjir...Nasib baiklah umah ma dan abah memang kat atas bukit...jadi..kami semua terselamatla dari musibah banjir...Cuma..kami tak dapat nak balik ke Kuala Kangsar lebih awal sebab semua jalan dah terputus..terpaksala menunggu keadaan banjir reda sedikit barulah balik..

Inilah dia sedikit gambar keadaan banjir yang melanda kampung saya akhir tahun lepas...


Banyak barang yang rosak kat dalam Tunas Manja...  Air sungai naik terlalu cepat menyebabkan  banyak barang tak dapat dipindahkan dengan lebih awal


Inilah dia pekan kecil Maran atau nama glamer nya... 'Bandar Ayam Kampung'...hehehe


SK Luit pun naik air jugak...tapi kat area sini memang dah biasa kena banjir sebab kawasan rendah...Kalau hujan tak berhenti lebih 3 hari memang confirm banjir...cuma air banjir cepat surut balik...



Okay..yang di bawah ni pulak Bandar Temerloh...memang lagi dasyat sebab air Sungai Pahang melimpahi bandar Temerloh sampai nampak macam lautan...







Stesen Minyak Petronas yang paling hampir dengan Sungai Pahang....



Jalan menghala ke Triang dan Kumai turut terputus.....



Inilah dia jalan laluan dalam dari Maran ke Temerloh menghala ke Kuala Lumpur...terputus...air naik terlalu cepat hingga ke tingkat 2 bangunan sekolah rendah...



 Ini pulak pandangan dari atas...Lebuhraya Pantai Timur...terputus selepas RnR Temerloh..arah dari Maran menghala ke Temerloh...



Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...dan Allah jua yang Maha Mengetahui atas setiap sesuatu...Wallahu a'lam...

sumber gambar - Group Telegram SEJOSA 1st Batch 1992



No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my