Ads 468x60px

Sunday 13 September 2015

Puding Cocktail Yummylicious!!!


Puding cocktail ni memang salah satu favourite puding kami sekeluarga..First time makan puding ni masa kerja kat Warisan Jengka dulu...Memang sedappp!!! Terus jatuh cinta ngan puding ni..hehehe...thank you Kak Nora untuk resepi yang mabelesss nih...memang tak pernah pakai resepi lain sebab resepi puding nilah yang paling saya suka!!! Tak pekat sangat..tak cair sangat...sedang-sedang aja rasa kuah dia..

Saya simpan resepi kat sini....mungkin satu hari nanti boleh jadi rujukan untuk anak perempuan saya bila saya dah tiada..Dia pun suka sangat makan puding nih...asyik mintak jer...sedap makan kuah dia especially kalau letak dalam peti ais..hehehe...

Okay..jom tengok resepinya...

Sedap dimakan sejuk-sejuk!

RESEPI PUDING COCKTAIL

Bahan-bahan:

  • 1  tin fruit cocktail
  • 1 tin susu cair *
  • 3 tin air * (sukat guna bekas tin susu cair)
  • 2 @ 3 senduk gula *  (ikut suka nak manis setakat mana)
  • 1 setengah sudu besar tepung jagung (letak 2 sudu besar kalau nak pekat sikit)
Caranya:
  1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan gula dah larut.
  2. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan bila air dah menggelegak, tutup api
  3. Akhir sekali masukkan fruit cocktail yang telah ditapis ( buang air dalam tin tu, ambil buahnya sahaja)
  4. Sejukkan dalam peti ais
*** Boleh juga masukkan 1 tin buah nenas kiub tu untuk tambahkan lagi kuantiti fruit

Antara bahan-bahan yang digunakan

Senang sangat nak buat puding ni..bahan-bahannya pon tak banyak..Buat korang yang tak pernah cuba masak puding cocktail...boleh try resepi nih..Mudah, cepat dan sedappp!!!

Selamat mencuba ye..






Wednesday 9 September 2015

Kurus LEBIH CEPAT dengan OmegaGuard


Betul ke makan Omega badan lagi CEPAT KURUS??? Itulah persoalan yang sering diterima bila bercakap soal kurus atau nak cepat-cepat turun berat badan. Macam mana ek Omega ni bertindak bagi membantu proses penrurunan berat badan?? Okay..secara mudahnya...kandungan Omega 3 yang terdapat dalam OmegaGuard merangsang hormon Leptin ; yang berfungsi meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan kita meningkat, pembakaran lemak dalam badan akan berlaku dengan LEBIH PANTAS!! 

pastikan minyak ikan yang anda makan adalah yang semulajadi dan berkualiti tinggi

Haaa...lagi satu...untuk korang yang sukar mengawal selera makan...amat digalakkan untuk mengambil Omega 3 kerana hormon Leptin ni turut membantu mengawal selera makan kita dengan mennigkatkan paras hormon Leptin. So...bila makan tu...kita tak terasa nak makan banyak...perut terasa kenyang..Lagi satu..pastikan korang minum air secukupnya mengikut keperluan badan.




Berminat untuk mencuba?? Sila hubungi saya untuk konsultansi dan tips-tips kesihatan

Izwah Ghazali
Shaklee Independant Distributor
012-9182901





Monday 7 September 2015

KEK KUKUS LUMUT YANG SUPER MOIST DAN SANGAT SEDAP!!!


Memang sedaaapp sangatt!!! Rasa lembut jer tekstur kek nih...Kalau korang adalah penggemar kek marble atau kek butter...bolela cuba resepi kek kukus lumut ni pulak...rasa lemak manis gituu...memang superb lah!!

Alkisahnya...dah lama resepi ni tersimpan...tak pernah cuba walau pun dah 3 tahun pergi kelas baking kek kukus ni ngan chef Zubaidah...nak buek camno.. resepi ni pakai horlicks..kat umah ni pulak..memang x pernah minum horlicks...tu yang asyik bertangguh je nak buat.....hihihi...

Jom ler kita tengok resepinya ek...


RESEPI KEK KUKUS LUMUT

Bahan-bahan :

  • 250gm butter - kalau nak sedap..pakaila butter jenama yang mahal sikit ek..
  • 100gm gula kaster
  • 150gm tepung naik sendiri  * kalu xde, tepung gandum + 1sk baking powder (ayak)
  • 5 biji telur Gred B
  • 50gm horlicks
  • 25gm nestum
  • 125gm kaya
  • 2 sudu besar pewarna hijau
  • 1 sk pandan pes - kalau xde, letakkan sedikit perisa pandan
Cara-caranya....

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berkrim..jgn pukul lama sangat..kalau guna mixer yang besar tu dalam 3 minit je..
  2. Masukkan telur satu per satu menggunakan low speed
  3. Masukkan horlicks, nestum dan kaya..putar sehingga sebati
  4. Masukkan pewarna hijau dan pandan pes
  5. Last sekali...masukkan tepung..kaup balikkan hingga sebati
  6. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8' x 8' yang telah digris dan dialas dengan baking paper
  7. Kukus selama 1 setengah jam - 2 jam...pastikan air periuk kukus dah mendidih yer..dan...tutup loyang tu dengan alumunium foil supaya air x menitis ke dalam loyang kek..kalu xda alumunium foil...balut penutup pengukus tu dengan kain..pon bole jugak..


rugi tak cuba kek ni awal-awal dulu...sedap sangat rupanya...

Tak lama lagi nak Raya Haji dah kannn...bolela cuba resepi ni nanti...jemu jugak kalau asyik buat kek yang sama jer tiap kali raya...

Okayy...selamat mencuba resepi Kek Kukus Lumut yang mabeless nih...Kalau dah try...jangan lupa komen ek..nak jugak tau apa pendapat korang...hehehe...Jumpa lagiiii....



Sunday 6 September 2015

RIADHAH KE TAMAN TASIK TAIPING


Riadhah yang tidak dirancang...Di saat cuaca yang sedang teruk dilanda jerebu nih..memang malas nak keluar ke mana-mana..nak hirup udara pun macam x best je kan...tapi bila encik hubby dok ajak jugak..kita follow jela ek..Nak pergi jalan Taiping je pon...dekat jer...Sebelum bertolak tu, ku dah awal-awal bagi budak-budak ni sorang sebijik vitamin C..memang tiap-tiap hari pon bagi...cuma hari ni bagi awal sikit..takut ibu dia ni terlupa pulak kang..

Actually ni sebenarnya program untuk murid-murid UPSR sekolah dia..nak pergi merehatkan fikiran sebelum exam katanye...hehe...

Choc moist utk potluck...x sempat nak buat makanan lain..hehe
Sebenarnya xde pun dalam perancangan nak naik kereta air beroda nih...( ye ke nama dia kete air beroda..kihkih) tapi...sebab Iman dok mintak jugak nak naik...layan jelah..walaupun...ibu ngan ayah dia yang cuak..nak handle bebudak kecik nih lagi....bukan reti dok diam.. ;)


 

suka sangat Ilham...x reti dok diam...




Bateri dah abisss...ngantuk sangat dah time nih..

Sempat jalan sekejap je dalam Tesco..semua dah penat...ibu pon dah start sakit kepala..memang begitu la bila dok berjemur tengah panas tadi...balik umah terus telan B compleks ngan Ostematrix...legaaaa....hihihi

Okayla..next time kita melawat Zoo Taiping pulak ek..tunggu Imtinan besar sikit..baru syokk nak berjalan.. :)






 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my