Ads 468x60px

Sunday 13 September 2015

Puding Cocktail Yummylicious!!!


Puding cocktail ni memang salah satu favourite puding kami sekeluarga..First time makan puding ni masa kerja kat Warisan Jengka dulu...Memang sedappp!!! Terus jatuh cinta ngan puding ni..hehehe...thank you Kak Nora untuk resepi yang mabelesss nih...memang tak pernah pakai resepi lain sebab resepi puding nilah yang paling saya suka!!! Tak pekat sangat..tak cair sangat...sedang-sedang aja rasa kuah dia..

Saya simpan resepi kat sini....mungkin satu hari nanti boleh jadi rujukan untuk anak perempuan saya bila saya dah tiada..Dia pun suka sangat makan puding nih...asyik mintak jer...sedap makan kuah dia especially kalau letak dalam peti ais..hehehe...

Okay..jom tengok resepinya...

Sedap dimakan sejuk-sejuk!

RESEPI PUDING COCKTAIL

Bahan-bahan:

  • 1  tin fruit cocktail
  • 1 tin susu cair *
  • 3 tin air * (sukat guna bekas tin susu cair)
  • 2 @ 3 senduk gula *  (ikut suka nak manis setakat mana)
  • 1 setengah sudu besar tepung jagung (letak 2 sudu besar kalau nak pekat sikit)
Caranya:
  1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan gula dah larut.
  2. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan bila air dah menggelegak, tutup api
  3. Akhir sekali masukkan fruit cocktail yang telah ditapis ( buang air dalam tin tu, ambil buahnya sahaja)
  4. Sejukkan dalam peti ais
*** Boleh juga masukkan 1 tin buah nenas kiub tu untuk tambahkan lagi kuantiti fruit

Antara bahan-bahan yang digunakan

Senang sangat nak buat puding ni..bahan-bahannya pon tak banyak..Buat korang yang tak pernah cuba masak puding cocktail...boleh try resepi nih..Mudah, cepat dan sedappp!!!

Selamat mencuba ye..






No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my