Ads 468x60px

Monday 31 August 2015

Resepi Puding Karamel

Puding Karamel ni memang antara favourite dessert kami sekeluarga terutama suami tercayanggg...hehehe.. :) Oleh kerana dah lama tak buat...resepi pun dah x ingat..so cari lah kat pak google yer...Dan.. kali nih nk try resepi yang diambil di  blog raihannavanilla.blogspot.com sebab cara dia pakai blender je..senang..hihi.. tq yer di atas perkongsian..

Jom kita tengok resepinya...

Wallahhh...sedap dimakan sejuk-sejuk..

Puding Karamel
----------------
Sumber: raihannavanilla.blogspot.com

Karamel:
---------
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Satukan kedua-dua bahan... masak sampai ia bertukar warna keperang-perangan dengan api perlahan..takut nanti terhangit pulak..dah rasa pahit.. :)
(Nak senang, bole guna non-stick fry pan)
Lepas tu, tuang terus dalam loyang..ketepikan.

Notes: boleh juga masak karamel tu terus dalam loyang..make sure api perlahan yer..

Bahan puding:
--------------
  • 5 biji telur saiz B
  • 5 sudu besar gula caster
  • 1 tin susu cair @ bole guna 400ml fresh milk
  • 1 sk esen vanilla
Caranya......
  •  Dengan menggunakan blender, satukan telur, gula dan esen. Blend selama 1 minit
  •  Buka penutup blender, masukkan susu cair, blend lagi 1 minit. Sila set masa yer..
  • Okay..dah siap, bolela tapis dan masukkan dalam loyang karamel tadi
  • Kemudian kukus puding selama 30-35 minit dengan api sederhana. Pastikan air pengukus dah mendidih ek..
  • Kalau ikut resepi asal, puding ini dibakar dalam oven menggunakan kaedah bain-marie( letak loyang dalam dulang besar yang berisi air) selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius
  •  Bila dah masak, pastikan puding betul-betul sejuk dalam suhu bilik..sisipkan pisau..dan terbalikkan dalam bekas yang sesuai..Then..bolela letak dlm fridge bagi dia sejuk..barulah sedap nak makan..:)

sekejap jer dah licin....esoknyer terpaksa buat yang lain sebab ada yang x puas lagi makan..hehe

Korang bolela cuba ye..senang jer..bahan pon tak banyak..kalau xde blender..kacau je semua puding tu perlahan-lahan..jadik jugak..hehe..sebab saya dah buat puding ni 2 kali...percubaan kali kedua tu saya tak pskai blender pun..saya kacau pelan-pelan je..  alhamdulillah sekejap je licin sepinggan..hehe..


Okayy...selamat mencuba!!!



Friday 21 August 2015

PENAWAR UBAT BATUK SEMULAJADI!!!

Minyak Ikan Semulajadi terbaik untuk satu keluarga!!


Musim raya memang heaven la untuk anak-anak...Mana tidaknya...tiap kali pergi beraya ke mana-mana, mesti akan ada minuman berais..memang syokla diorang... So, bila abis je raya..semua pakat batuk tak berhenti termasukla saya sendiri...hehe...

Sebenarnya di rumah memang dah lama takde stok ubat batuk dan selesema. Semenjak saya bagi Omega pada anak-anak, alhamdulillah..batuk recovery dengan elok. Dalam 2, 3 hari dah beransur baik. So, bila kami semua dah start batuk...memang terus telan Omega sebiji seorang...Senang je nak telan...kapsul ni licin...menggelongsor je dia masuk ke dalam tekak..heheh.. :) Untuk anak-anak yang kecil, biasanya saya picit je kapsul tu masuk dalam air susu..dah settle...Omega ni bukan setakat melegakan batuk tapi dia boleh mencairkan kahak...dah tak payah nak pegi cari ubat cairkan kahak kat klinik.

Buat korang semua yang nak avoid dari bagi ubat batuk pada anak-anak atau diri kita sendiri, cuba lah Omega Guard..saya dah amalkan untuk saya sekeluarga dan memang HIGHLY RECOMMENDED!!! Memang sangat BERKESAN!! Omega Guard ni minyak ikan berkualiti tau...diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun..dan BUKAN dari hati minyak ikan..Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia!! Cer check minyak ikan yang korang makan tu...adakah benar-benar tulen dan bukan dari hati minyak ikan?? Saya dah memang pasti...minyak ikan yang saya ambil adalah yang paling tulen, semulajadi, selamat dan halal...

Okay...kita jumpa di entry yang akan datang ek!!


Izwah Ghazali
Shaklee Independant Distributor
012-9182901




Tuesday 18 August 2015

Raya Aidilfitri 2015 yang HURU HARA!!!

Salam semua...

Walau pon Syawal dah berlalu pergi...baru hari ini dapat mengupdate pasal raya..hehe...Meskipun cuti raya tahun ni pendek sangat..tapi rasanya tahun ni paling sibuk dengan macam-macam hal...Mana taknya...pagi-pagi raya adik tetiba nak bersalin...nak bergambar satu family pon x sempat...hahaha...Raya pertama kami semua berkampung kat hospital...memang tak sempat nak berjalan ke rumah saudara mara...Excited menyambut kehadiran orang baru dalam family besar kami.. :)

Kat bawah ni ada la sedikit sebanyak gambar yang sempat diambil sebagai kenangan Raya...

Gambar penuh satu family..yang ni lepas baby lahir..paling suka tengok gambar ni!!!

Gambar kami sekeluarga..

Ahli tak cukup korum...tengah kelam kabut nak ke hospital.. ;)





Iman dan abah...cucu yang  sorang ni memang sokmo nak perhatian tok abah dia..  :)

'Saya rileks ajer'...alahai Imtinan...

Tepi pokok bunga abah pon bolela... ;)

Boleh jadi model baju raya ni..hehehe











Yang ni gambar sebelum pergi jenguk baby kat hospital...semua soru doluuu....





Semua sempat berposing sementara tunggu turn nak tengok baby... :)









Tadaaaa...inilah dia baby 1 Syawal..cucu terbaru tok abah n tokma...Izz Daaris Arisya

Sekian dulu ceritera Raya untuk tahun ni...Kita berjumpa di entry akan datang...Salam!!!



 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my