Ads 468x60px

Wednesday 15 April 2015

9 TIPS AGAR SAYUR LEBIH SEGAR

Kecewa bila sayur yang baru dibeli cepat layu?? Bawang atau kentang yang dibeli cepat rosak dan berkulat??
Kadang kala teknik penyimpanan sayur dan bahan kering yang tidak betul membuatkan ianya mudah rosak

Jom kita tengok tips-tips agar sayur yang dibeli lebih tahan lama dan segar untuk digunakan


1. Jangan simpan sayur terlalu lama. Sayur berdaun hijau boleh disimpan untuk 3 hari sahaja. Cara terbaik untuk menyimpannya adalah di dalam peti sejuk

2. Buang dahulu spoilage (daun sayur yang rosak) sebelum menyimpan sayur

3. Pastikan sayur tidak basah atau berair sebelum menyimpan

4. Jangan letak sayur dalam plastik kerana ia akan menyukarkan sayur bernafas

5. Sayur seperti bawang perlu disimpan di tempat kering dan pada suhu bilik

6. Kentang tidak boleh terdedah kepada cahaya dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana suhu yang kurang dari 10 darjah celcius akan menukarkan kanji kepada gula dan kentang akan berasa manis dan kelihatan berwarna gelap apabila dibakar atau digoreng

7. Tomato perlu disimpan pada suhu bilik

8. Gunakan pisau yang tajam semasa memotong untuk kurangkan kerosakan pada teksturnya

9. Potong dan buang bahagian yang tidak boleh dimakan sahaja kerana kebanyakan nutrien dan fitokimia berada di dalam kulit sayur


Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba yer!!!


** Sumber : iSIHAT





No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my