Ads 468x60px

Tuesday 21 April 2015

Kek Choc Moist Mabeless

Kek Choc Moist...memang sentiasa menjadi kek kegemaran family kitorang...Actually ada banyak resepi kek choc moist yang sedap-sedap...Saya suka cuba macam-macam resepi...Tapi yang ni yang paling saya suka..Tak perlu bakar...kukus je..

Jom tengok resepi...


 Choc Moist Cake
**************

Bahan A
100gm serbuk koko
250gm gula pasir (kalau gula kastor 300gm)
1 tin susu cair
200gm minyak masak
250gm susu pekat manis

Bahan B
150gm tepung superfine/tepung gandum
1 sk penuh soda bikarbonat
1 sk penuh baking powder
4 biji telur

Cara...
~ Campurkan bahan A dan kacau sebati
~ Masak atas api kecil hingga gula larut
~ Pukul telur dan curah ke dalam adunan A
~ Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak
~ Kukus selama 1 - 11/2 jam sehingga masak

Chocolate topping
******
200ml whipping cream
400gm choc masakan
1 sb butter

Masak atas api kecil choc masakan dan whip cream (double boil)
Dah cair coklat.. tutup api, masukkan butter..dah siap


In sha allah..entry akan datang saya kongsikan pelbagai resepi topping coklat atau ganache untuk kita salut atas kek coklat.. Kadang-kadang tak semua bahan ada bila kita tetiba nak masak kek kan..so, bila ada pilihan resepi yang lain...takde la kelam kabut kita nak pergi ke kedai pulak nak cari bahan...hehehe

Okay..sehingga bertemu lagi...Selamat mencuba...Kalu dah buat jangan lupa komen ye..confirm sedappp!! :)





No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my