Ads 468x60px

Wednesday 3 February 2016

Sandwich Sardin Special homemade by Ibu...

Salam pagi Khamis buat semua...

Dah bersarapan ke hari ni? Oleh kerana tekak ni tetiba teringin nak makan sandwich sardin..so breakfast sandwich sardin special lah kami hari nih..kenapa ada special kat belakang tu..haaa  mestilah special kan.. sebab masakan daripada air tangan ibu..betul tak?

Nyum nyummm....

Sebenarnya setakat sandwich sardin ni...semua orang pun tau buat kan...tapi xpelah..saya nak share jugak resepi istimewa saya ni kat korang semua...hihihi...jom tengok resepi..

Sandwich Sardin Special

Bahan-bahan:

Roti Gardenia
1 tin sardin
Bawang besar @ bawang kecil ~ saya prefer bawang besar
Cili kisar
Garam dan gula
Sedikit air
Perahan air limau nipis
Mayyonaise
Lada besar

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar yang dipotong dadu
2. Masukkan cili kisar...bila cili dah garing sikit..masukkan 1 tin sardin dan sedikit air
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa...Okay dah siap..Tutup api.
4. Kalau ikut cara saya...saya akan buang sedikit kuah sardin...lenyek-lenyekkan sardin hingga hancur
4. Kemudian masukkan perahan air limau nipis...selepas tu, masukkan 1 @ 2 sudu besar mayyonaise..ni terpulangla kat kita nak letak banyak mana yer..
5. Selepas itu, letakkan adunan sardin tadi ke atas roti gardenia..masa ni ikut kita la nak letak timun ke salad ke lada besar ke cili api ke..ikut selera masing-masing

Yang saya ni saya buat 2 versi...satu letak lada besar yang dicincang halus...satu lagi saya tak letak...takut anak-anak saya yang kecik lagi ni tak tahan pedas..

Okay..itu sahaja...selamat mencuba yer kawan-kawan..







No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my