Jom kita tengok resepinya...
Wallahhh...sedap dimakan sejuk-sejuk.. |
Puding Karamel
----------------
Sumber: raihannavanilla.blogspot.com
Karamel:
---------
- 6 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
(Nak senang, bole guna non-stick fry pan)
Lepas tu, tuang terus dalam loyang..ketepikan.
Notes: boleh juga masak karamel tu terus dalam loyang..make sure api perlahan yer..
Bahan puding:
--------------
- 5 biji telur saiz B
- 5 sudu besar gula caster
- 1 tin susu cair @ bole guna 400ml fresh milk
- 1 sk esen vanilla
- Dengan menggunakan blender, satukan telur, gula dan esen. Blend selama 1 minit
- Buka penutup blender, masukkan susu cair, blend lagi 1 minit. Sila set masa yer..
- Okay..dah siap, bolela tapis dan masukkan dalam loyang karamel tadi
- Kemudian kukus puding selama 30-35 minit dengan api sederhana. Pastikan air pengukus dah mendidih ek..
- Kalau ikut resepi asal, puding ini dibakar dalam oven menggunakan kaedah bain-marie( letak loyang dalam dulang besar yang berisi air) selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius
- Bila dah masak, pastikan puding betul-betul sejuk dalam suhu bilik..sisipkan pisau..dan terbalikkan dalam bekas yang sesuai..Then..bolela letak dlm fridge bagi dia sejuk..barulah sedap nak makan..:)
![]() |
sekejap jer dah licin....esoknyer terpaksa buat yang lain sebab ada yang x puas lagi makan..hehe |
Korang bolela cuba ye..senang jer..bahan pon tak banyak..kalau xde blender..kacau je semua puding tu perlahan-lahan..jadik jugak..hehe..sebab saya dah buat puding ni 2 kali...percubaan kali kedua tu saya tak pskai blender pun..saya kacau pelan-pelan je.. alhamdulillah sekejap je licin sepinggan..hehe..
Okayy...selamat mencuba!!!