Ads 468x60px

Thursday 26 March 2015

Garlic Bread!! Menu sesuai untuk baby yang selesema...


Alhamdulillah....

Jumaat datang lagi...sekejap je masa berlalu...rasa macam baru jer lagi Jumaat lepas...hehehe

Okayla..x nak celoteh panjang sangat...ari nih nak share resepi Garlic Bread...special untuk baby kita yang tengah selesema...

Sebab apa special???

Ha..sebabnya kita gunakan bawang putih...semua orang tau kan..betapa banyaknyer khasiat bawang putih ni..
Antaranya ialah...nak bantu LEGAKAN SELESEMA dan ANTIBOITIK SEMULAJADI yang paling BERKESAN!!!


Resepinya mudah sangat...menggunakan 3 jenis bahan jer..

~ Bawang putih yang ditumbuk/disagat/atau chopped halus-halus
~ Unsalted butter
~ sedikit Mixed Herbs

))) Campurkan sahaja kesemua bahan tu dan siap untuk disapu atas roti..

Caranya....

- Potong roti gardenia atau apa sahaja roti putih yang sesuai secara memanjang
- Sapukan adunan bwg putih, unsalted butter dan mixed herbs tadi
- Bakar dalam oven selama 10 - 15 minit atau sehingga garing dengan suhu 150'c
- Dah siap bakar...simpan dalam bekas kedap udara..

Garlic bread ni boleh juga dibuat sebagai finger food dan pengganti biskut...nak pegi jalan mana-mana...bawak jer skali..takdela anak kecik kita terliur dan makan jajan orang dewasa kan...hehehe


Ilham pon tumpang sekaki jugak...memang kene buat stok banyak-banyak...



Dua-dua si kecik nih awal-awal lagi dah ready tunggu kat meja makan...x sabar nak makan..





Seronok kan bila tengok anak suka makan....makanan dari air tangan kita sendiri..dah tentu takde MSG, takde bahan perasa atau pewarna...makan banyak mana pon x risau.....hihihi

Jangan lupa cuba yer mommies...kalau dapat cicah ngan soup mushroom...lagi bestttt...

Okay...selamat mencuba!!!





No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my