Ads 468x60px

Monday 30 September 2013

NUTRIFERON...SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK IMUNISASI BADAN



Salam hari Isnin yang ceria...

Semoga hari ini akan menceriakan kita untuk sepanjang minggu ini..insya'allah
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya tentang satu lagi produk hebat Shaklee iaitu Nutriferon. Sebenarnya saya baru lagi  mencuba produk Nutriferon untuk anak-anak saya namun saya rasa amat berpuas hati dan semakin yakin dengan keberkesanannya.

Nak tahu kenapa???

Anak sulung saya,Iman sering batuk dan selsema. Memang payah sangat nak sembuh, dan bila dia tak sihat adik dia si kecil Ilham pun akan berjangkit sama. Memang pening kami dibuatnya... Mana tidaknya kalau hampir setiap bulan kami lah pengunjung setia Klinik Kesihatan Lawin dan Poliklinik Azhar kat Gerik..Memang sentiasa ada stok ubat di rumah.

Namun, setelah diperkenalkan dengan Nutriferon kami nekad nak mencuba produk ni.  Yela, sampai bila kami nak bergantung kat ubat. Dah tentu lah tak elok untuk perkembangan kesihatan anak-anak. Dann... setelah sebulan saya memberi mereka nutriferon saya perasan yang Iman x nampak pun tanda-tanda nak kena selsema atau pun batuk.. Biasanya kalau musim hujan panas tak menentu sekarang ni dah pasti dia akan kena punya. Alhamdulillah...saya terfikir mungkin ini kesan pengambilan Nutriferon yang secara semulajadi telah meningkatkan sistem imunisasi badan anak-anak saya.

APAKAH IA NUTRIFERON

Nutriferon merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Bila diambil setiap hari ia boleh meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan kita yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.


Apakah Interferon - Interferon ditemui oleh Dr Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, ia merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius. Ia merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi, dalam skop yang lebih luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.

SIAPA YANG MEMERLUKAN NUTRIFERON

1. Mereka yang mengalami selsema, batuk dan demam berpanjangan termasuklah kanak-kanak.
2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk hingga menyebabkan sistem imun seringkali mengalami
    serangan yang berterusan.
3. Individu yang sering tertekan
4. Mereka yang mengalami elergik/alahan, kelenjar membengkak, dan keradangan.
5. Individu yang gaya hidupnya kurang aktif.
6. Golongan berumur yang sering terdedah kepada kekurangan imuniti.
7. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap maksima.

MANFAAT UTAMA YANG LAIN

1> Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
2> Melawan kanser dan tumor- polisakarida merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel
     tumor dan kanser
3> Melambatkan penuaan - mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman, justeru sel-sel akan menjadi     
     lebih sihat
4> Meningkatkan Menopous - hypertensi, tahap kolestrol tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan
     menopous menjadi lebih baik
5> Mempertingkatkan PMS-iaitu mengurangkan kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit
     payudara,masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan 'mood swing'
6> Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatitis B & C - kurangkan infeksi dan ketidakselesaan seperti
     kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain.

Jadi...AKTIFKAN SISTEM IMUN ANDA SEKARANG !!!

Kita berusaha dan berikhtiar...selebihnya serah pada ALLAH...

Yang penting kesihatan kita dan anak-anak terjaga...Tak rugi melabur untuk kesihatan...

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui SMS/CALL/ WHASSUP  - 012 9182901




No comments:

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my